SALAH 1
Nabi Ayub a.s. menggambarkan manusia yang paling sabar, bahkan boleh dikatakan bahawa
baginda berada di puncak kesabaran. Sering orang mengagumi kesabaran kepada
Nabi Ayub. Misalnya, dikatakan: seperti sabarnya Nabi Ayub. Jadi, Nabi Ayub
menjadi simbol kesabaran dan cermin kesabaran atau teladan kesabaran pada
setiap bahasa, pada setiap agama, dan pada setiap budaya.Allah SWT telah memujinya dalam kitab-Nya yang
berbunyi:
"Sesungguhnya Kami dapati dia
(Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat
(kepada Tuhannya)." (Al-Quran Surah. Sod: 44)
Dalam pandangan/ perspektif Islam, ايوب (Ayyub/Eyub/Ejub) (circa 1600 BC - 1500 BC?)[1] [2]. Nabi Ayub AS ialah
salah seorang 25 Nabidan Rasul yang wajib diketahui dalam Islam, juga baginda
merupakan salah seorang dari Nabi-Nabi Bani Israel dan salah seorang manusia pilihan dari sejumlah manusia pilihan yang mulia.
Allah telah menceritakan dalam kitab-Nya dan memujinya dengan berbagai sifat
yang terpuji secara umum dan sifat sabar atas ujian secara khusus. Allah telah
mengujinya dengan anaknya, keluarganya dan hartanya, kemudian dengan tubuhnya.
Allah SWT telah mengujinya dengan ujian yang tidak pernah ditimpakan kepada
siapa pun, tetapi ia tetap sabar dalam menunaikan perintah Allah dan
terus-menerus bertaubat kepada-Nya.
Setelah Nabi Ayub AS menderita penyakit
kronik dalam jangka masa yang cukup lama, dimana sahabat dan keluarganya telah
melupakannya, maka baginda telah menyeru kepada Rabbnya, “(Ya Rabbku),
sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Yang Maha Penyayang
di antara semua penyayang.” (Surah Al-Anbiya’: 83). Dikatakan kepadanya,
“Hentakkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.” (Surah Sod:
42). Nabi Ayub AS telah menghentakkan kakinya, maka memancarlah mata air yang
dingin kerana hentakan kakinya tersebut. Dikatakan kepadanya, “Minumlah darinya
serta mandilah.” Nabi Ayub AS melakukannya, maka Allah Ta’ala menghilangkan
penyakit yang menimpa batinnya dan zahirnya.
Kemudian Allah mengembalikan kepadanya;
keluarganya, hartanya, sejumlah nikmat serta kebaikan yang dikurniakan
kepadanya dalam jumlah yang banyak. Dengan kesabarannya itu maka baginda
merupakan suri teladan bagi orang-orang yang sabar, penghibur bagi orang-orang
yang mendapat ujian atau ditimpa musibah serta pelajaran berharga bagi
orang-orang yang mahu mengambil pengajaran.*
Ketika Nabi Ayub AS sakit, maka baginda
telah menemukan kepingan wang milik isterinya yang diperoleh dari hasil pekerjaannya
melakukan sesuatu, sehingga baginda bersumpah akan mencambuknya seratus kali
cambukan. Kemudian Allah meringankannya dari Nabi Ayub AS dan isterinya, seraya
dikatakan kepadanya: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput).” Yakni
seikat jerami, lalang, tangkai atau yang lainnya sebanyak seratus biji,
kemudian pukullah ia dengannya “… dan janganlah kamu melanggar sumpah.” (Surah
Sod: 44). Yakni melanggar sumpahmu.
Dalam ayat di اatas terdapat dalil
bahawa kifarat sumpah tidak disyariatkan kepada seseorang sebelum syariat kita,
serta kedudukan sumpah di hadapan mereka adalah sama dengan nazar, yang mesti dipenuhi.
Juga dalam ayat tersebut terdapat dalil,
bahawa bagi orang yang tidak mungkin dilaksanakan hukuman had ke atasnya kerana
kondisinya yang lemah atau alasan lainnya, hendaklah diperlakukan kepadanya
hukuman yang disebut dengan hukuman tersebut, kerana tujuan dari perlakuan
hukuman itu ialah pemberian rasa jera, bukan merosakkan atau menghancurkan.
·
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik RA dari Nabi SAW,
baginda bersabda, “Sesungguhnya Nabi Allah Ayub AS diuji dengan musibah
tersebut selama lapan belas tahun, dimana keluarga dekat serta keluarga yang
jauh telah menolaknya dan mengusirnya kecuali dua orang lelaki dari
saudara-saudaranya, dimana keduanya telah memberinya makan dan mengunjunginya.
Kemudian pada suatu hari salah seorang dari kedua saudaranya itu berkata kepada
saudaranya yang satu, ‘Demi Allah, perlu diketahui, bahawa Ayub telah melakukan
suatu dosa yang belum pernah dilakukan siapa pun di dunia ini.’ Sahabatnya itu
bertanya, ‘Dosa apakah itu?.’ Saudaranya tadi berkata, ‘Selama lapan belas
tahun Allah tidak merahmatinya, sehingga menyembuhkannya dari penyakit yang
dideritanya.’ Ketika keduanya mengunjungi Ayub AS maka salah seorang dari kedua
saudaranya itu tidak dapat menahan kesabarannya, sehingga ia menyampaikan
pembicaraan tersebut kepadanya. Ayub AS menjawab, ‘Aku tidak mengetahui apa
yang kamu berdua bicarakan, kecuali Allah Taala telah memberitahukan; bahawa
aku diperintah untuk mendatangi dua orang lelaki yang berselisih supaya
keduanya mengingati Allah. Sedang aku akan kembali ke rumahku dan menutup diri
dari keduanya, kerana merasa benci dalam mengingati Allah, kecuali dalam
kebenaran.’”
Nabi SAW bersabda, “Ketika Ayub AS pergi
menunaikan hajatnya maka isterinya memegang tangannya hingga selesai. Suatu
hari isterinya terdatang lewat dan Ayub AS menerima wahyu, ‘Hentakkanlah
kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.’ (Surah Sod: 42) Ketika
isterinya datang dan bermaksud menemuinya, maka ia melayangkan pandangannya
dalam keadaan tertegun, dan Ayub AS menyambutnya dalam rupa dimana Allah telah
menyembuhkan penyakit yang dideritanya, dan rupanya sangat tampan seperti
semula. Ketika isterinya melihatnya, seraya bertanya, ‘Semoga Allah
memberkatimu, apakah engkau melihat nabi Allah yang sedang diuji? Demi Allah,
bahawa aku melihatnya mirip denganmu saat ia sihat.’ Ayub AS menjawab,
‘Sesungguhnya aku ini adalah dia.’ Ketika itu di hadapannya terdapat dua buah
gundukan iaitu gundukan gandum dan jewawut. Kemudian Allah mengirim dua gugusan
awan, dimana ketika salah satunya menaungi gundukan gandum, maka tercurah
padanya emas hingga penuh, sedangkan pada gundukan jewawut tercurah mata wang
hingga penuh.” (Hadis Riwayat. Abu Ya’la, 3617, yang dishahihkan al-Hakim
(2/581-582) dan Ibnu Hibban (2091) serta al-Albani dalam kitab Shahîh-nya no.
17).
Tidak ada komentar:
Posting Komentar